fbpx

124 individu dipercayai terlibat kongsi gelap ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian individu yang ditahan di sebuah pusat karaoke di Pulau Tikus, George Town awal pagi tadi. - FOTO: FB PDRM Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Keseronokan 124 individu meraikan sambutan hari jadi di sebuah pusat karaoke di Pulau Tikus, di sini terbantut selepas premis tersebut diserbu polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan kongsi gelap dan dadah awal pagi tadi.

Mereka yang terdiri daripada 99 lelaki dan 25 wanita berusia di antara 15 hingga 70 tahun itu serta termasuk beberapa warga asing ditahan dalam operasi kira-kira pukul 1 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd. Ra’ais berkata, operasi itu dilakukan pasukan dari Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Katanya, pemeriksaan polis mendapati kumpulan berkenaan didapati sedang leka berhibur dengan alunan muzik yang kuat bagi meraikan sambutan hari jadi salah seorang daripada mereka.

“Pemeriksaan juga mendapati 26 daripada mereka disyaki mempunyai tatu ahli kumpulan kongsi gelap.

“Hasil ujian air kencing mendapati 21 daripada mereka positif pelbagai jenis dadah,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook PDRM Pulau Pinang, hari ini.

Menurutnya, kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke IPD Timur Laut di sini bagi siasatan lanjut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI