fbpx

Tiada kakitangan awam dikenakan tindakan kerana enggan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tiada kakitangan awam yang telah dikenakan tindakan kerana enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad semasa sesi pertanyaan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat proses yang perlu diikuti sebelum sebarang tindakan dikenakan ke atas kakitangan tersebut.

“Dia ada proses, pertama sekali ketua jabatan kena mengutus surat tunjuk sebab mengapa penjawat awam enggan divaksin dan diberi tempoh 21 hari untuk menjawab soalan tersebut.

“Jika tidak memuaskan, satu jawatankuasa siasatan dalaman dan jawatankuasa disiplin yang dibentuk oleh jabatan tersebut akan mengambil tindakan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) meminta kerajaan menjelaskan apakah jenis tindakan yang boleh dikenakan kepada kakitangan awam yang enggan divaksin.

Tambah Abdul Latiff, antara tindakan yang boleh diambil adalah seperti amaran dan tahan gaji boleh dikenakan kepada kakitangan awam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI