fbpx

RON97 naik 2 sen kepada RM3.08 seliter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM3.06 seliter kepada RM3.08 seliter berkuat kuasa esok sehingga 17 November depan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

Katanya, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel biarpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan kerana mahu melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN