fbpx

Bapa asyik menari, anak heret turun pentas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Klip video tersebut memaparkan seorang kanak-kanak perempuan mengheret bapanya yang asyik menari turun dari pentas. - TikTok @happymusic.90

JAKARTA – Seorang lelaki yang sedang asyik menyanyi dan berjoget di atas pentas diheret turun oleh anak perempuannya yang tidak gemar melihat bapanya melakukan perkara sedemikian, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video yang tular itu dimuat naik di akaun TikTok bernama @happymusic.90 dan setakat ini mendapat 2.3 juta tontonan.

Pada awalnya, kanak-kanak perempuan itu dilihat memanggil bapanya untuk turun dari pentas, namun tidak dihiraukan bapanya.

Akibat marah dengan perlakuan tersebut, dia berjalan ke arah pentas lalu mengheret bapanya turun.

Lelaki itu dilihat pasrah dan hanya tertawa melihatkan tindakan anaknya.

Netizen membanjiri ruangan komen dengan memberikan pelbagai komen.

“Kanak-kanak itu berkata bahawa wang untuk membeli sosej tiada, jadi, dia perlu memanggil bapanya,” kata seorang netizen.

“Seorang bapa tidak akan mampu menolak ajakan anaknya,” kata seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI