fbpx

Argentina guna Messi, PSG berang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI yang masih belum pulih daripada kecederaan disenaraikan oleh Argentina untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022. – AFP

PARIS – Pengarah Sukan Paris Saint-Germain (PSG), Leonardo berang dengan tindakan Argentina menyenaraikan Lionel Messi menghadapi dua aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 bulan ini.

Leonardo menegaskan, ia adalah keputusan tidak masuk akal untuk membawa Messi ber­aksi menentang Uruguay pada Sabtu dan Brazil empat hari kemudian kerana bintang PSG itu masih belum pulih daripada kecederaan.

Sehubungan itu, Leonardo menggesa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) agar memainkan peranan mereka dengan melindungi kelab dengan tidak membenarkan pemain yang belum bersedia untuk beraksi.

“Kami tidak pernah bersetuju melepaskan pemain yang tidak berada pada tahap terbaik atau masih dalam proses rehabilitasi untuk menyertai mana-mana aksi.

“Ia tidak masuk akal dan situasi sebegini sepatutnya berhak mendapat persetujuan sebenar dengan FIFA terlebih dahulu,” kata Leonardo.

Difahamkan, Messi, 34, sedang menjalani rawatan pemulihan ekoran kecederaan lutut dan hamstring dialami­nya bersama PSG dalam saingan Ligue 1 baru-baru ini.

Sebagai rekod, pemenang enam Ballon d’Or itu dilihat bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di Paris sejak berhijrah secara percuma daripada Barcelona awal musim ini.

Ia terbukti apabila Messi sudah terlepas sembilan perlawanan musim ini disebabkan tahap kecergasan selain masih menunggu peluang untuk ­merakam jaringan pertamanya dalam kempen Ligue 1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI