fbpx

ShopeePay pacu pemulihan peniaga B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ShopeePay menerusi inisiatif #Sho­peeGivesBack terus menyokong golongan peniaga mikro daripada kumpulan B40 menerusi penajaan gerai mudah alih dan sokongan perniagaan bersesuaian.

Gerai tersebut yang dilengkapi dengan bumbung, rak dan ruang penyimpanan akan diedarkan kepada lebih 100 peniaga sepanjang bulan ini, dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak, serta Kementerian Wilayah Persekutuan.

Majlis penyerahan pertama kepada 20 peniaga mikro telah berlangsung di Kuala Berang, Terengganu bulan lalu yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, selain sumbangan kerajaan negeri Terengganu.

ShopeePay dalam satu kenya­taan berkata, pihaknya akan terus berusaha bagi membantu pendigitalan peniaga terlibat dengan membolehkan penerimaan transaksi tanpa tunai melalui dompet mudah alihnya, selain penyediaan insentif khas.

“Ini termasuk menyediakan sebuah laman mikro yang menampilkan peniaga-peniaga tersebut di aplikasi Shopee serta Baucar ShopeePay di Deals Near Me yang menawarkan pulangan tunai RM3 dengan pembelanjaan minimum RM6 hingga 31 Disember 2021.

“Pada masa sama, pengguna ShopeePay berpeluang me­nerima pulangan tunai seba­nyak RM3 dengan perbelanjaan minimum RM15 apabila mereka mengunjungi gerai-ge­rai ini,” katanya.

Deals Near Me merupakan ciri dalam talian ke luar talian yang menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi untuk memudahkan para pengguna menemui Baucar ShopeePay oleh para peniaga berhampiran termasuk di gerai bazar, kafe, restoran dan penyedia perkhid­matan.

Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee berkata, dengan perkembangan pasaran e-dagang negara, penggunaan kaedah pembayaran digital oleh pengguna terus meningkat dan pihaknya komited untuk menyokong dan mendigitalkan perniagaan, serta menghubungkan dengan pelanggan baharu.

Jelasnya, antara inisiatif sebelum ini termasuk penerimaan ShopeePay untuk peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

“Matlamat kami adalah menyumbang kepada komuniti dengan membantu golongan memerlukan mendapat manfaat daripada teknologi dan ekonomi digital, sambil menyokong usaha pemulihan daripada pandemik,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI