fbpx

[KEMASKINI] Polis buru pemandu Toyota Corolla rempuh Perodua Alza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Persiaran Bukit Jambul, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan identiti pemandu kereta jenis Toyota Corolla yang bertindak melarikan diri selepas merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dari arah belakang di Persiaran Bukit Jambul, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang juga pemilik MPV tersebut berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 8.48 pagi itu.

“Terdahulu video kemalangan kecil melibatkan dua buah kenderaan yang berdurasi satu minit 18 saat tular di media sosial hari ini.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Alza berhenti di simpang untuk sedia membelok manakala pemandu Toyota Corolla dikatakan tidak mengikut giliran dan memotong ke kanan (garisan berkembar dan melawan arus).

“Pemandu Toyota Corolla telah mencelah masuk semula ke laluan asal (kiri) apabila terdapat kenderaan lain datang dari arah bertentangan sehingga menyebabkan dia melanggar bahagian belakang Perodua Alza.

“Pemandu terbabit cuma hendak berbincang, namun pemandu Toyota Corolla bukan sahaja enggan memberi kerjasama malah terus melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun beliau memberitahu, setakat petang ini, pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan Toyota Corolla berkenaan masih belum tampil membuat laporan polis.

Katanya, usaha mengesan pemandu dan pemilik kenderaan sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah kaedah-kaedah lalulintas 1959. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI