fbpx

Kejohanan ARC di Hong Kong mungkin ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA pemain memperagakan jersi baharu skuad ragbi kebangsaan hasil kerjasama KRM dan Al Ikhsan sempena pelancaran rasminya di Kuala Lumpur semalam.

KEJOHANAN Ragbi Asia (ARC) yang bakal berlangsung pada Januari tahun depan di Hong Kong masih menjadi tanda tanya susulan pertikaian beberapa negara berhubung perintah kuarantin yang ditetapkan oleh pasukan tuan rumah.

Difahamkan, Hong Kong menetapkan perintah kuarantin selama 14 hari bagi individu yang tidak mengambil suntikan vaksin manakala 7 hari bagi individu yang telah lengkap vaksin.

Keadaan itu menyebabkan bebanan kewangan tinggi bagi pasukan yang bertanding kerana terpaksa mengeluarkan bajet terlalu besar untuk menyertai ARC 2021.

Presiden Kesatuan Ragbi Malasia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, pihaknya masih menanti keputusan Ragbi Asia mengenai isu berkenaan.

“Kita dapat berita ARC 2021 mungkin ditangguhkan kerana pada mulanya pasukan tuan rumah, Hong Kong menjelaskan pada Januari kemungkinan tiada perintah kuarantin bakal dikenakan.

“Tetapi Hong Kong menjelaskan perintah kuarantin itu masih diteruskan seperti biasa. Jadi, kos akan meningkat naik dan semua pasukan tidak sanggup untuk menghantar pasukan jika tempoh kuarantin itu terlalu lama.

“Mereka (Ragbi Asia) sedang kaji perkara itu sama ada meneruskan perlawanan tersebut di negara ketiga seperti Dubai yang kini tiada perintah kawalan kuarantin. Ketika ini, semua benda jadi bercelaru,” katanya pada majlis pelancaran jersi baharu pasukan ragbi kebangsaan bersama Al Ikhsan.

KRM dengan kerjasama Al-Ikhsan telah melancarkan jersi baharu pasukan ragbi kebangsaan menerusi jenama Al Sports.

Kerjasama di antara Al Ikhsan dengan Kesatuan Ragbi Malaysia yang telah terjalin sejak pelancaran kali pertama pada 2019 merupakan satu kejayaan bagi kedua – dua pihak dalam membangunankan produk berprestasi tinggi serta kualiti terbaik di peringkat elit persukanan.

Jersi edisi terbaharu itu akan digunakan buat kali pertama oleh pasukan ragbi lelaki dan wanita kebangsaan atau dikenali dengan gelaran Bunga Raya 7s pada Kejohanan Asia Rugby Sevens Series 2021.

Kejohanan itu juga merupakan aksi kelayakan Piala Dunia Ragbi 7s Afrika Selatan 2022 pada 19 dan 20 November 2021 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI