fbpx
Ibu Ani mendedahkan mengenai kegiatannya kepada Kosmo! di Klang baru-baru ini.

‘Kalau orang tanya, saya beritahu mereka saudara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) kini lebih gemar memilih rumah flat dan rumah kedai daripada rumah kampung sebagai lokasi transit sebelum warga ­asing itu diseludup keluar secara haram dari negara ini.

Pemilihan lokasi transit itu juga dipercayai sebagai satu cara untuk mengelak pihak berkuasa daripada mengesan kegiatan mereka.

Perkara itu didedahkan seorang wanita warga Indonesia, Ibu Ani kepada wartawan Kosmo! selepas dia ditahan pihak Ma­ritim Malaysia (APMM) kerana disyaki menjadi dalang kepada aktiviti membawa masuk dan keluar PATI dari negara seberang.

Menurut wanita berusia 56 tahun itu, lokasi transit itu turut menjadi penempatan warga a­sing yang bekerja secara sah di negara ini.

Kata Ibu Ani, taktik itu juga dapat mengelak penduduk setempat daripada berasa curiga mengenai status warga asing yang ada di rumahnya sama ada mereka mempunyai dokumen atau memasuki negara secara sah atau sebaliknya.

“Lagipun kadar sewa rumah bagi flat dan rumah kedai adalah murah dan saya sendiri menyewa pada kadar RM400 sebulan di sebuah rumah kedai di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

“Rumah pun mempunyai tiga bilik dan dua bilik air serta amat memuaskan bagi transit penginapan kepada ‘rakan-rakan’ saya ingin pulang ke Indonesia. Kalau orang ta­nya siapa mereka, saya akan jawab mereka adalah saudara yang baru datang dari Indonesia,” katanya.

Jelas Ibu Ani, dia terlibat dalam sindiket penyeludupan PATI sejak empat bulan lalu dengan mengenakan bayaran hampir RM2,000 bagi satu kepala.

Dakwanya, sepanjang tempoh pembabitan tersebut, dia juga telah menguruskan kira-kira 30 PATI warga Indonesia.

“Saya hanya mengambil untung RM200 bagi satu kepala kerana saya pun bekerja dengan orang lain.

“Setiap rakan senegara yang ingin pulang melalui ‘laluan belakang’ (secara haram) akan ditempatkan di rumah saya dalam tempoh satu hingga tiga hari sebelum dihantar ke ketua di sekitar Klang untuk urusan seterusnya termasuk menaiki bot tekong-tekong laut,” ujarnya.

Ibu Ani turut memberitahu, pada awal pembabitannya, dia hanya menguruskan dalam seorang hingga tiga orang sahaja PATI dengan terbaharu melibatkan 14 PATI sebelum ditangkap pada 4 November lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN