fbpx
SITI NURHALIZA dirakam memakai jam jenama Richard Mille yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Pakai jam tangan mewah jutaan ringgit, Siti memang layak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.”

Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikatakan menggayakan seutas jam tangan bernilai lebih RM1 juta ringgit ketika hadir pada satu pertunjukan fesyen di ibu negara semalam.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok itu memaparkan Siti melambaikan tangan dan kelihatan jam tangan mewah bertali berwarna merah itu dipakai pakai pada tangan kanannya.

Menerusi perkongsian tersebut, pemilik akaun berkenaan turut meletakkan foto jam berjenama Richarcd Mille yang dipakai pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu bernilai RM1.1 juta.

Biarpun isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu memakai barangan mewah, dia tidak dilemparkan sebarang kata-kata negatif daripada netizen.

KOMEN seorang peminat dan Iqbal tentang kelibat Siti Nurhaliza memakai jam berharga RM1 juta.

“Dia layak dan mampu, hasil usaha dia jugakan. Bertahun-tahun menyanyi.

“Siti ialah satu-satunya artis yang paling merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk dia kaya. Hormat dengan gayanya,” puji seorang peminatnya.

Dalam pada itu, turut menarik perhatian ramai ialah komen daripada bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Iqbal Zulkefli yang memberitahu Richard Mille juga antara jenama mewah kegemarannya.

“Siti memang sudah lama memakai jam tangan berharga ratusan dan jutaan ringgit. Ini antara jenama kegemaran saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Kosmo! pada 12 Januari 2009 pernah melaporkan secara eksklusif Siti menerima seutas jam tangan mewah berjenama sama bernilai RM250,000 daripada suami tercinta sempena ulang tahun kelahirannya ke-30. – K! ONLINE

POPULAR