fbpx

Kongsi informasi, aku tak ‘melewaq’ rumah orang – Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA RUDAINI

PETALING JAYA – Sering dikecam dan bahan sensasi, pelakon Rita Rudaini menegaskan tindakan berkongsi rasa tidak puas hati dalam media sosial adalah bersifat peribadi dan bukannya melibatkan orang lain.

Pemilik nama lengkap, Rita Rudaini Mokhtar itu berkata, kebanyakan perkara yang dikongsi berlaku di sekeliling hidupnya, terutama di kediamannya.

“Aku kongsi informasi aku sahaja. Aku nak melalak, mengaum, mengembek ke, aku tak pergi melewaq (merayau) rumah orang.

“Jadi, siapa yang banyak masa? Ludah atas muka sendiri nampak. Lalat kacuk,” katanya menerusi beberapa entri dalam InstaStory.

Rita, 45, memaklumkan tanpa menyebut sebarang nama spesifik, masa mengutuk dan mencaci orang, tiada usaha untuk mencermin khilaf diri sendiri.

“Masa mengutuk, mengeji dan mengecam orang lupa nak cermin muka sendiri. Apabila kena batang hidung, kata orang meroyan dan menyalak.

“Lalat-lalat kacuk yang tak boleh terima kebenaran, beginilah. Oh silap, sebelum ini lalat-lalat berzikir dan bermunajatlah, bukan mengecam,” ujarnya penuh sarkastik.

Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia tidak kisah sekiranya sudah tiada orang yang meminatinya disebabkan kelantangan dirinya bersuara dalam media sosial.

“Orang tak minat? Aku aku kisah orang minat aku atau tidak? Kau ingat aku hidup ini untuk kau minat ke? Tak mati dek keji, tak hidup dek puji,” katanya.

Terdahulu, Rita menafikan dirinya antivaksin seperti yang didakwa segelintir pihak hanya disebabkan belum bersedia untuk menerima vaksin Covid-19 sebaliknya menggelarkan dirinya prosafe (individu yang menunggu vaksin itu betul-betul selamat untuk digunakan).

Minggu lalu, pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Mami Jarum Junior itu meluahkan rasa geram terhadap penghantar makanan yang membiarkan bungkusan berisi air milo yang dipesannya bocor dan dibiarkan begitu sahaja menitik di depan rumah tanpa memberitahunya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI