fbpx

Tukar kereta rasmi lebih jimat belanja sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Toyota Vellfire

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa keputusan pertukaran bagi Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) telah pun mengambil kira kos sewaan bulanan lebih rendah.

Bahkan, penggunaan model Toyota Vellfire 2.5L bagi menteri-menteri persekutuan dibuat menggantikan Proton Perdana 2.4 Premium yang ditamatkan pengeluarannya pada 2014 lalu.

“Kos sewaan setiap bulan bagi model Toyota itu ialah RM4,851.61 berbanding untuk Proton pula RM4,854.41,” kata kementerian berkenaan menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Ia merujuk perbincangan warganet mengenai isu pertukaran KRJ yang panas dalam media sosial kebelakangan ini selain ulasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu berkenaan timbul apabila Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Selasa lalu mengesahkan anggota Kabinet menjadikan model itu sebagai kereta rasmi.

Kerajaan dalam jawapan bertulis di Parlimen ujarnya, memulakan proses penggantian KRJ tersebut pada April lalu dan telah membayar sejumlah RM1.42 juta setakat September lepas.

Jawapan itu mengundang kritikan banyak pihak apabila Najib menyindir netizen agar tanya isu tersebut kepada kerajaan sebelum ini kerana mereka menyarankan pertukaran berkenaan.

Mengulas lanjut, Kementerian Kewangan mengakui bahawa cadangan penggantian itu sebenarnya telah dipertimbangkan semasa era pentadbiran terdahulu tetapi terpaksa ditangguhkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI