fbpx

Kanak-kanak lelaki lemas dalam kolam renang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian yang mengakibatkan mangsa lemas

TANJUNG MALIM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun sembilan bulan ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam renang di rumahnya di Kampung Balun, Slim River di sini semalam.

Rayyan Mikhail Azmi disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, kanak-kanak terbabit disedari tiada di dalam rumah sebelum mangsa ditemui tersembam oleh bapanya dalam kolam renang tersebut.

Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri itu segera dibawa di Hospital Slim River untuk rawatan awal.

“Semasa dirawat di Hospital Slim River, mangsa didapati masih hidup dan diberi rawatan awal. Kanak-kanak itu kemudian dirujuk ke HRPB untuk rawatan lanjut kerana keadaannya yang tidak stabil.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi ini ketika rawatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, proses bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik HRPB bagi mengetahui punca kematian kanak-kanak itu.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI