fbpx

IUKL, NCIA bimbing calon SPM daripada keluarga B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Inayah (lima dari kanan) bersama kakitangan IUKL pada majlis meraikan kejayaan peserta Program empower NCER-Akademik SPM 2020 negeri Perak secara atas talian baru-baru ini.

IPOH – Usaha untuk membantu pelajar-pelajar daripada keluarga B40 di negeri Perak diteruskan pihak Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) apabila seramai 1,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dipilih mengikuti sesi bimbingan menerusi Program empower NCER-Akademik.

IUKL diberi kepercayaan oleh pihak berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk melaksanakan program tersebut bagi menggilap kecemerlangan akademik para pelajar.

Presiden dan Naib Canselor (IUKL), Profesor Datuk Dr. Noor Inayah Ya’akub memberitahu, ini merupakan sesi kedua selepas kejayaan program pertama sebelum ini melibatkan 300 calon SPM 2020 dari enam sekolah terpilih dalam daerah Kerian dan daerah Larut Matang Selama.

Menurut beliau, sesi kedua pula melibatkan para pelajar lima buah daerah iaitu Kerian, Larut Matang Selama, Manjung, Perak Tengah dan Bagan Datuk.

“Selain menyediakan portal pembelajaran lengkap iLearn Ace kepada para guru dan pelajar, IUKL turut membekalkan tablet untuk setiap pelajar dan pelantar khas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian iaitu Moodle.

“Program yang mendapat sokongan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia ini berjaya membantu pelajar daripada keluarga B40 meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM lepas,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

Program empower NCER-Akademik telah membantu sekolah-sekolah dan guru-guru menambah baik kaedah pembelajaran dan pengajaran dengan memberi latihan kepada guru-guru serta kemudahan penggunaan portal dalam talian, iLearn Ace.

Pada sesi lepas, kira-kira 92 peratus pesertanya lulus keseluruhan dengan 89 peratus meningkat dalam Gred Purata Murid manakala seramai 26 orang pula berjaya memperolehi keputusan 5A ke atas. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI