fbpx

Chris Evans kini Lelaki Paling Seksi 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRIS EVANS

LOS ANGELES – Pelakon Hollywood Chris Evans dinobatkan sebagai Lelaki Paling Seksi 2021 oleh majalah People Magazine, lapor Page Six.

Menurut laporan tersebut, Evans sepatutnya mendapat gelaran itu pada tahun lalu, namun namanya disingkirkan selepas dia terlibat dengan skandel berkaitan sekeping foto ‘panas’ yang tidak sengaja dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Justeru, gelaran tersebut telah diberikan kepada rakannya yang juga bintang Marvel Studio iaitu mendiang Michael B. Jordan yang pernah membintangi filem Black Panther.

Evans merupakan satu-satunya pelakon Marvel yang belum pernah diberikan gelaran tersebut, berbanding pelakon lelaki yang lain.

Selain Evans dan Jordan, pelakon Idris Elba yang memegang watak sebagai Heimdall dalam filem Thor: The Dark World juga pernah diberi gelaran Lelaki Paling Seksi pada 2018. Aktor Chris Hemsworth (2014) dan Bradley Cooper (2011).

Beberapa watak hero lain yang pernah memegang gelaran tersebut ialah Dwayne Johnson (2016), Ryan Reynolds (2010), Hugh Jackman (2008), Ben Affleck (2002) dan Geroge Clooney (1997 dan 2006).

Selepas dua tahun membuat penampilan terakhirnya sebagai Captain America bersama Marvel Cinematic Universe, Evans bakal tampil dengan sebuah filem bergenre komedi berjudul Don’t Look Up yang turut dibintangi pelakon Leonardo DiCaprio dan Jennifer Lawrence. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI