fbpx

Polis cari saksi kes kemalangan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Foto IHSAN PDRM

PETALING JAYA – Polis meminta orang ramai tampil bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal di Ara Damansara, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 5.59 petang semalam.

“Kejadian pukul 5.20 petang itu melibatkan sebuah motosikal jenis SYM BX100 dan siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan lelaki warga asing berusia 44 tahun itu dipercayai telah terbabas lalu merempuh pembahagi konkrit di tengah jalan.

“Rempuhan itu telah mengakibatkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan dan disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis yang berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Rina Murniza Ibrahim di talian 013-9738580 bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI