fbpx

Bukan senang ganti tempat Zizi Kirana – Didi Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Didi mengakui bukan mudah untuk membawakan watak sebagai ketua mafia menggantikan pelakon asal, Zizi Kirana.

PETALING JAYA – “Sumpah saya tak pernah terfikir akan dilamar bawak watak ketua mafia menggantikan pelakon asal Zizi Kirana.”

“Bukan senang nak bawakan watak tersebut. Banyak benda terpaksa saya pelajari. Lebih-lebih lagi nak bawakan watak yang sudah separuh jalan dibawakan orang lain”.

Demikian jawapan pelakon meningkat naik Didi Astillah menceritakan serba sedikit pengalaman yang dilaluinya selepas diberi tanggungjawab menggalas watak sebagai ketua mafia menerusi drama Jamu Nesan arahan Datuk Rafiena.

Menurut Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 25, dia turut berdepan dengan pelbagai cabaran yang tidak pernah difikirkannya sebelum ini demi menjayakan watak tersebut.

“Jujur masa dapat je panggilan untuk tawaran watak ini, saya rasa sukar sangat nak terima dan bawa. Membuatkan saya rasa lebih susah apabila watak tersebut sudah dibawa separuh jalan oleh Zizi Kirana.

“Bukan senang nak jadi macam dia. Nak tak nak saya terpaksa pakai mask (pelitup muka) setiap masa untuk tidak nampak terlalu jauh dengan Zizi yang sebenar.

“Pakai mask pun dah panas dan tak selesa. Bayangkan untuk babak berlawan di tengah panas pula, bertambah sukar jadinya. Rambut palsu pun terpaksa saya pakai untuk sesetengah babak,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah adik kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah itu, cabaran tersebut berjaya ditempuhnya dengan bimbingan dan tunjuk ajar pengarah.

“Ini kali pertama saya jadi ketua mafia. Sebelum ini mana pernah. Biasa bawa watak baik-baik dan wanita lembut je.

“Awal-awal masuk set memamg agak sukar dan termanggu-manggu. Tapi Datuk Rafiena banyak membantu dan tak jemu-jemu tunjuk ajar selain meyakinkan yang saya boleh lakukan,” katanya yang teruja

Terdahulu, Didi menggantikan Zizi selepas penyanyi lagu Eh itu didakwa melanggar kontrak dan gagal menyelesaikan saki-baki penggambaran drama tersebut kerana sudah bertudung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI