fbpx

Polis cari pihak terlibat kejadian kanvas ‘terbang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman tular memaparkan sebuah motosikal hilang kawalan selepas dibaluti sehelai kain kanvas yang terlepas daripada sebuah lori baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pihak polis kini sedang mengesan individu yang telibat dalam kejadian sebuah motosikal diselubungi kain kanvas selepas ia tertanggal daripada sebuah lori yang ditularkan di laman media sosial sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pihaknya telah terkesan video tular yang memaparkan kejadian dan mendapati ia berlaku di Kilometer 33.5 Jalan Puchong/Cyberjaya/Dengkil berhampiran susur menghala ke Kajang.

“Semakan mendapati, kain kanvas daripada sebuah lori telah tercabut lalu melayang mengenai penunggang dan pembonceng motosikal mengakibatkan penglihatan mereka terhalang dan hilang kawalan sehingga terlanggar sisi kanan sebuah lori tangki yang berada di lorong kiri.

Berita berkaitan: [VIDEO] Nyaris digilis angkara kanvas lori ‘terbang’

“Setakat ini tiada laporan polis diterima, susulan itu, satu laporan telah dibuat oleh JSPT Sepang bagi memulakan siasatan dan pihak polis kini sedang mengenal pasti nombor pendaftaran bagi semua kenderaan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihak polis juga sedang mengesan kesemua pihak yang terlibat dalam kejadian termasuk individu yang merakamkan kejadian selain turut melakukan tindakan lawatan di lokasi.

“Siasatan berhubung kejadian dilakukan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegas beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan tentang sehelai kain kanvas yang diikat pada sebuah lori tertanggal dan membaluti sebuah motosikal yang ditunggang oleh dua individu mengakibatkan motosikal tersebut hilang kawalan dan terlanggar bahagian tayar sebuah treler.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dilihat masih mampu berdiri sebaik sahaja terjatuh daripada motosikal dinaiki mereka. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI