fbpx

Jalan Bukit Samsu-LGM ditutup akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan Bukit Samsu-LGM, Kota Tinggi yang dinaiki air susulan limpahan air longkang serta anak sungai ekoran hujan lebat berterusan petang hari ini.

KOTA TINGGI – Hujan lebat berterusan menyebabkan laluan di Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Bukit Samsu-Lembaga Getah Malaysia (LGM) ditutup sementara waktu kepada kenderaan ringan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi dalam kenyataan memaklumkan keadaan banjir kilat berlaku apabila kedua-dua arah jalan dinaiki air akibat limpahan air sungai.

“Laluan terlibat sepanjang dua kilometer. Ketinggian air dianggarkan 0.350 dan laluan di tutup sementara untuk kenderaan ringan namun dibuka kepada kenderaan berat.

“Pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif FT092 iaitu Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit atau FT099 Jalan Sungai Mas, Lok Heng, Mawai.

“Limpahan air longkang serta anak sungai menyebabkan kawasan jalan (slow lane) dinaiki air di kedua- dua arah,”katanya kenyataan tersebut yang dikemas kini pada pukul 7 malam tadi.

Sementara di laluan FT 091 Kota Tinggi- Kluang di Kampung Jawa kenderaan dibuka kepada semua kenderaan meskipun kawasan dilimpahi air setinggi 150mm berikutan limpahan air longkang menyebabkan kawasan jalan dinaiki air.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI