fbpx

Suami pelakon mabuk tampar anak diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suami kepada seorang pelakon ditahan selepas dipercayai menampar anak perempuan mereka yang berusia sembilan tahun di sebuah rumah di Wangsa Maju, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada Ahad lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila suspek disyaki dalam keadaan mabuk telah bergaduh dengan pelakon berkenaan.

“Anak pasangan itu yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut bagaimanapun telah ditampar oleh suspek.

“Suspek telah ditahan reman selama tiga hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut beliau, pelakon berkenaan memberitahu suspek merupakan seorang kaki mabuk dan panas baran.

“Susulan kejadian itu juga, anak pelakon tersebut mengalami sakit pada bahagian pipi dan telinga,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI