fbpx

Nana Mahazan hadiahkan Proton X70 untuk ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nana Mahazan menghadiahkan orang tuanya sebuah kereta Proton X70.

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga pengacara Nana Mahazan berkongsi rasa gembira apabila dikurniakan rezeki menghadiahkan ibu dan bapanya sebuah kereta Proton X70 yang telah menjadi idaman mereka sejak sekian lama.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, Nana turut berkongsi ‘misi’ memberikan kejutan buat kedua-dua orang tuanya itu.

Ujar Nana atau nama lengkapnya Nurul Hana Che Mahazan, 38, tujuan dia berkongsi kejutan memberikan hadiah kereta kepada ibu bapanya itu bukanlah atas niat untuk menunjuk-nunjuk atau riak, sebaliknya sekadar ingin menjadi pemangkin untuk orang lain berusaha menggembirakan hati orang tua mereka.

“Misi memberikan kejutan kepada mak dan abah semalam. Mak telah bercakap tentang kereta ini (Proton X70) sejak sekian lama lagi. Terima kasih bantu dapatkan kereta ini walaupun lima bulan juga menunggu sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syukur alhamdulillah.

“Niat berkongsi dengan semua bukan untuk menunjuk, jauh sekali riak. Moga kita sama-sama dapat teruskan usaha untuk menggembirakan ibu bapa kita. Jangan pernah mengalah, jangan pernah penat,” jelasnya.

Dalam pada itu, bekas bintang program Akademi Fantasia musim pertama (AF1) itu turut berdoa supaya pengikutnya  yang menonton video tersebut dilimpahi rezeki dan diberikan kemampuan untuk menggembirakan hati ibu dan bapa masing-masing.

Menerusi video yang dikongsikan, Nana dilihat telah memandu sendiri kereta Proton X70 berwarna putih dari Kuala Lumpur sebagai kejutan kepada ibu bapanya yang tinggal di Muar, Johor.

“Saya langsung tidak menjangkakan hadiah ini,” kata bapanya meluahkan rasa terharu dengan pemberian hadiah istimewa itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI