fbpx

Jangan abai kesihatan, imunisasi kanak-kanak – Aznil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aznil.

PETALING JAYA – Selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi menasihkan ibu bapa agar melindungi kanak-kanak dengan tindakan proaktif bagi memastikan golongan terbabit tidak dijangkiti wabak maut Covid-19 walaupun kes menunjukkan trend penurunan ketika ini.

Pengacara terkenal itu berkata, walaupun negara telah mencapai status vaksinasi lengkap lebih 95 peratus bagi individu dewasa, anak-anak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat perlindungan sepenuhnya.

Aznil yang juga duta produk suplemen kesihatan Eskayvie memberitahu, kanak-kanak masih berisiko dan sangat mudah terdedah kepada jangkitan kuman serta virus dan pengambilan suplemen atau makanan tambahan melengkapi keperluan tersebut.

“Tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan aktiviti riadah di luar rumah disebabkan pandemik menyebabkan mereka cenderung mengalami sistem imun yang lemah,” katanya.

Aznil berkata demikian selepas melancarkan produk vitamin terbaharu keluaran syarikat bumiputera, Eskayvie Sdn Bhd, Diffenz Junior di ibu negara baru-baru ini.

Aznil bersama Syid Ayob (kiri) dan Kartika Wati (tengah) pada pelancaran produk vitamin terbaharu, Eskayvie, Diffenz Junior di ibu negara baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri berkata, Diffenz Junior menjadi inovasi terbaharu kami bagi membantu ibu bapa memberi perlindungan terbaik bagi kanak-kanak di musim pandemik ini.

Beliau berkata, pihaknya memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapat suntikan vaksin.

“Dalam keadaan sekarang, sistem imun yang baik adalah sangat penting dan Eskayvie sentiasa berusaha memberikan sokongan diperlukan untuk setiap peringkat umur.

“Diffenz Junior dirumus secara saintifik menggabungkan bahan-bahan bermutu tinggi termausk vitamin C dan vitamin D sekali gus mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak,” ujarnya.

Turut hadir, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang www.eskayvie.com.- K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI