fbpx

Ivermectin tidak berupaya cegah Covid-19 menjadi lebih teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Institut Kesihatan Negara (NIH) berkenaan penggunaan Ivermectin (I-TECH) ke atas 500 pesakit Covid-19 mendapati ivermectin tidak mampu mencegah Covid-19 daripada menjadi serius.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ekoran dapatan daripada kajian itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan menyarankan penggunaan Ivermectin dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan Covid-19 yang sedia ada di negara ini.

“Kajian I-TECH ke atas 500 pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital dengan kategori 2 atau 3 telah menilai keberkesanan rawatan lima hari ivermectin (0.4mg/kg/hari).

“Berdasarkan data yang dijalankan kumpulan invermectin (IVM) dan kumpulan penjagaan standard (SOC) mengikut garis panduan KKM terhadap pesakit di 20 hospital kerajaan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 MAEPS 2.0 mendapati pemulihan gejala pada hari ke-5 penyertaan adalah serupa untuk kedua-dua kumpulan,” ujarnya hari ini.

Justeru itu, tegasnya, invermectin tidak mencegah penyakit Covid-19 daripada menjadi lebih serius. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI