fbpx

Budak lima tahun terperangkap 13 minit dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang berusaha membuka pintu kenderaan selepas seorang kanak-kanak terperangkap di dalamnya.

KUALA SELANGOR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terperangkap di dalam kereta selama 13 minit sebelum diselamatkan bomba dalam kejadian di tempat letak kereta di sebuah taman haiwan di Kampung Teluk Penyamun di sini, semalam.

Kejadian dilaporkan pukul 6.24 petang itu dikatakan berlaku selepas kanak-kanak itu ditinggalkan keluarganya dengan alasan telah tidur lena di kereta jenis Perodua Bezza milik keluarganya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, berdasarkan maklumat awal mendapati mangsa ditinggalkan dalam keadaan enjin dan penyaman udara kereta tersebut dihidupkan.

Katanya, sementara ahli keluarga kanak-kanak itu telah memasuki kawasan pelancongan berkenaan.

“Seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 6.24 petang sebelum tiba di lokasi enam minit kemudian.

“Anggota yang memulakan operasi 6.31 petang berjaya membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas dalam tempoh enam minit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, kanak-kanak tersebut yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya diserahkan kepada pihak keluarga. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI