fbpx

Beli minyak masak paket secara borong untuk seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP (kanan) bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menunjukkan minyak masak paket yang dirampas di Kampung Slow Machang, Pasir Mas semalam. Foto IHSAN KPDNHEP KELANTAN

PASIR MAS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas sebanyak 595 kilogram minyak masak paket selepas menahan sebuah kereta di Kampung Slow Machang di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 6.30 petang itu, anggota penguat kuasa KPDNHEP turut menahan pemandu kereta jenis Proton Wira yang berusia 55 tahun untuk membantu siasatan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, anggota KPDNHEP telah mengesan sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan selepas keluar dari sebuah premis jualan borong barangan kawalan di sekitar bandar Pasir Mas.

Menurutnya, anggota penguat kuasa telah mengekori dan menahan kereta tersebut semasa tiba di Kampung Slow Machang sebelum membuat pemeriksaan.

“Kita telah menemui kotak yang berisi minyak masak paket seberat 585 kilogram bernilai RM1,487.50 dipercayai mahu diseludup ke negara jiran.

“Siasatan mendapati, kumpulan penyeludup akan membeli bekalan minyak masak paket daripada pemborong sebelum membawanya untuk diseludup ke negara jiran. Taktik itu dipercayai mampu memberikan keuntungan berlipat kali ganda kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Azanizam Affendi, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis pemborong yang bersekongkol dengan sindiket penyeludup termasuk menarik lesen perniagaan mereka.

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI