fbpx

[VIDEO] Saya maafkan mereka, walaupun sekali tidak minta maaf’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkarnain tidak dapat menahan sebak ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta hari ini. FOTO: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – “Saya sudah maafkan mereka”.

Itu luahan ayah pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Zulkarnain Idros, 57, berkata, meskipun berat untuk dia memaafkan dan sukar melupakan apa yang telah berlaku, beliau menghormati segala keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah.

“Saya maafkan kesemua mereka,” katanya ketika ditemui lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas keputusan kes itu di sini sebentar tadi.

Menurut Zulkarnain, apa yang membuatkan beliau terkilan adalah tertuduh dan ahli keluarganya tidak datang berjumpanya atau meminta maaf selepas kejadian tersebut.

“Keluarga tertuduh mahupun tertuduh langsung tidak datang berjumpa saya dan isteri untuk meminta maaf seolah-olah anak saya pula yang bersalah,” ujarnya.

Berita berkaitan: [VIDEO] 18 penuntut didapati bersalah cederakan Zulfarhan tanpa niat bunuh

Tambahnya, beliau berterima kasih kepada pihak mahkamah yang telah menjatuhi hukuman yangsetimpal kepada kesemua tertuduh.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berharap orang ramai dapat mengambil iktibar terhadap kes yang terjadi kerana impaknya amat besar.

Berita berkaitan: Ada orang suruh saya tumbuk Zulfarhan – saksi pembelaan

“Saya pesan kepada masyarakat supaya jauhi sifat membuli kerana ia akan memberi kesan kepada keluarga.

“:Saya kehilangan anak sulung, adik-adik kehilangan abang sulung serta idola mereka. Sememangnya perkara seperti ini akan memberi kesan kepada saya dan keluarga seumur hidup kami,” katanya lagi.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI