fbpx

Rangka pesara kerajaan dijumpai dalam apartmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Satu rangka dipercayai milik seorang warga emas ditemui dalam sebuah apartmen di kawasan Damansara Damai, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan berhubung penemuan itu dibuat seorang lelaki pada pukul 3.40 petang.

“Sepasukan polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati rangka itu dalam keadaan terbaring.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati rangka tersebut adalah seorang lelaki tempatan berusia 63 tahun, masih bujang dan merupakan pesara kerajaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pegawai kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling hadir di tempat kejadian dan mengesyaki mangsa meninggal dunia dalam tempoh yang agak lama.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Hotline Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI