fbpx

Nama Allahyarham Zulfarhan sohor kini di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nama Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi sohor kini di laman Twitter apabila diciap lebih 53,000 kali oleh pengguna media sosial itu hari ini.

PETALING JAYA – Nama Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi sohor kini di laman Twitter apabila diciap lebih 53,000 kali oleh pengguna media sosial itu hari ini.

Kebanyakan pengguna Twitter memberi respons terhadap perbicaraan kes bunuh Zulfarhan melibatkan 18 pelajar yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Allahyarham kira-kira empat tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan, enam pelajar UPNM dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh ke atas Zulfarhan.

“Saya menangis baca berita penuh kes Zulfarhan. Hukuman dunia, semoga 18 tahun dipenjara itu mengajar mereka. Selagi masih hirup udara, semoga sentiasa dihantui rasa bersalah yang tak berpenghujung,” kata Syakirah.

“Dah terbukti dan dah disabit salah dan hukuman. Semoga menjadi pengajaran kepada semua. Terlajak dengan hasutan syaitan dan amarah, menyesal pun tak guna. Semoga arwah tenang di sana. Amin #Zulfarhan,” kata Azri.

“Sebab itu rakyat Malaysia kena buka mata yang kes buli bukan perkara yang main-main. Tak kisahlah kau senior ke, apa ke, kau tak ada hak untuk membuli orang. #Zulfarhan #upnm,” kata Hasswan.

Terdahulu, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah bilik blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada pukul 2.30 pagi dan pukul 5.30 pagi, 21 Mei 2017.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI