fbpx

MR. DOLLAR buka cawangan ke-50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Anak syarikat MR D.I.Y. Group (M) Berhad, MR. DOLLAR membuka cawangannya yang ke-50 di Sunway Pyramid, Selangor baru-baru ini yang menawarkan suasana beli-belah selesa dengan pilihan 12,000 jenis produk.

Terdapat 10 kategori barangan ditawarkan berupa coklat & manisan; snek & biskut; bahan masakan; barangan runcit; minuman; produk bakeri; makanan sejuk beku; keperluan rumah; perkakasan serta alat tulis, mainan & sukan yang dijual pada harga RM2 atau RM5.

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group (M) Berhad, AnBermudy Chin berkata, MR. DOLLAR diperkenalkan bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan barangan keperluan isi rumah pada harga berpatutan.

“Matlamat MR. DOLLAR adalah menjadikan produk-produk makanan dan minuman (F&B) serta keperluan rumah lebih mudah didapati oleh lebih ramai pengguna.

“Dengan menetapkan harga ‘Always RM2 or RM5’, kami memastikan orang ramai dapat berbelanja dengan yakin mengikut kemampuan mereka, di samping menjamin kualiti produk yang dibeli,” katanya dalam satu kenyataan.

Sempena pembukaan cawangan baharu di Sunway Pyramid, MR. DOLLAR akan menawarkan promosi “You Shop, We Pay!” dari 5 hingga 7 November 2021 yang mana syarikat akan menaja sepenuhnya pembelian setiap pelanggan yang ke-50.

Turut diadakan ialah pelbagai aktiviti menarik termasuk “DOLLAR Chamber”, “DOLLAR free gifts”, “Sotong Game Treasure Hunt”, dan “50th Store Celebration Special Deal”. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN