fbpx
RAMLI MOHAMED YOOSUF (kiri) menunjukkan antara kaedah penipuan yang dilakukan suspek terhadap mangsa jenayah komersial di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IKP) Kuantan di Kuantan hari ini.

Kehilangan tujuh kanak-kanak bukan diculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Kehilangan tujuh kanak-kanak lelaki daripada sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di sini kelmarin bukan disebabkan kejadian jenayah penculikan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, usaha mengesan kanak-kanak berusia 12 sehingga 15 tahun yang dipercayai melarikan diri itu sedang giat dilakukan pihak polis.

“Berdasarkan siasatan awal salah seorang rakan kanak-kanak itu menyedari kehilangan sekumpulan rakannya dan melaporkan perkara itu kepada pihak yang bertugas.

“Kita berharap orang ramai yang ternampak kumpulan kanak-kanak yang mencurigakan agar menghubungi pihak polis dan kita percaya kanak-kanak berkenaan tidak dapat pergi jauh kerana mereka lapar dan perlu mencari makanan,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan di sini, hari ini.

Menurut Ramli, berdasarkan siasatan awal mendapati tiada elemen jenayah atau penculikan dalam kejadian tersebut dan pihak polis masih menyiasat motif kanak-kanak berkenaan melarikan diri.

Tambahnya pihak polis juga masih belum jelas bagaimana kumpulan kanak-kanak berkenaan dapat meloloskan diri daripada pengawasan pihak penyelia rumah perlindungan berkenaan.

“Demi keselamatan mereka, kita harap tujuh kanak-kanak lelaki itu akan pulang, mereka mungkin bersembunyi di suatu tempat,”ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI