fbpx

Sekali lagi Iman Troye cipta rekod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iman Troye tidak menyangka single terbaharunya berjudul Nang mencatatkan lebih sejuta tontonan tidak sampai seminggu dilancarkan.

PETALING JAYA – Mendapat 1 juta tontonan bagi muzik video (MV) untuk mana-mana penyanyi Malaysia ketika ini barangkali sesuatu yang dilihat biasa dan bukan lagi luar biasa.

Namun bagi penyanyi Iman Troye, 19, perkara tersebut satu yang perlu dihargai dan memberi makna tersendiri buatnya.

Apatah lagi bakat baru dengan dengan nama penuh Siti Nur Alyssa Sahabudin itu sentiasa tular dengan apa jua yang dilakukan.

Dua singlenya terdahulu, Teman dan Pejam Celik Hari Raya berjaya mencecah tontonan 1 juta dalam tempoh waktu kurang seminggu selepas dilancarkan.

Terbaharu single ketiga duta pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar (PTTI) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjudul Nang juga meraih 1 juta tontonan selepas enam hari MV tersebut dilancarkan.

“Untuk mencipta trek rekod sebegini mendapat 1 juta tontonan dalam tempoh kurang seminggu bagi MV tiga lagu nyanyian saya sesuatu pencapaian peribadi yang cukup luar biasa.

“Tambah pula tiga lagu saya masing-masing ciptaan Ezra Kong dan lirik A. Ramlee dilancarkan di era pandemik Covid-19 yang kita sedia maklum ketentuan pasaran muzik itu sendiri tidak mampu ditebak hala tujunya.

“Saya harus berterima kasih kepada semua yang menjadikan semua ini kenyataan,” katanya.

Nang terbitan XO House Sdn. Bhd., dengan kerjasama Universal Music Malaysia dilancarkan 15 Oktober lalu di semua pelantar muzik digital terpilih sebelum dimuat naik dalam YouTube 22 Oktober lalu.

Majlis pelancaran lagu tersebut dilancarkan baru-baru ini di sebuah hotel di ibu kota serentak dengan kempen PTTI 2 Juta Bangkit Belajar.

“Saya anggap kehadiran lagu pop Melayu berentak Jawa dan ada sentuhan tradisional ini lebih manis kerana pihak PTTI juga sudi melancarkannya.

“Malah tugas sebagai duta pusat ilmiah itu datang dengan tanggungjawab. Saya sendiri bergelar pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Saya harap dapat terus mengimbangi seni dan pelajaran sebaik mungkin,” katanya yang turut menyatakan single ketiga ini membabitkan kos perbelanjaan lebih RM100,000 untuk pembikinannya.

Itu sekali gus menjadi MV termahal diterbitkan di bawah syarikat XO House Sdn Bhd.

Terdahulu, penyanyi genit bertudung itu turut berjaya meraih 4X Platinum bersamaan RM1 juta membabitkan ‘talent management revenue’ termasuk persembahan dalam lagu Teman dan Pejam Celik Hari Raya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI