fbpx

Malaysia layak ke Piala Asia B23 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia B23 2022 secara automatik apabila muncul juara Kumpulan J selepas terikat tanpa jaringan menentang Thailand semalam. – FB FAM

KETUA jurulatih skuad bawah 22 (B22) kebangsaan, Brad Maloney tanpa berselindung memuji semangat luar biasa yang ditunjukkan barisan pemainnya untuk meraih slot automatik ke pusi­ngan akhir Piala Asia B23 2022.

Kejayaan itu hadir selepas Malaysia B22 seri tanpa jari­ngan dengan Thailand di Stadium MFF semalam sekali gus mengesahkan status selaku juara
Kumpulan J kempen kelayakan Piala Asia B23 2022 di Ulaanbaatar, Mongolia.

“Pencapaian yang luar biasa daripada kumpulan pemain ini. Saya sentiasa mempunyai kepercayaan tinggi terhadap mereka untuk meraih kejayaan ini.

“Mereka mempamerkan pres­tasi yang hebat dan cukup profesional sepanjang kejohanan ini. Tiada kata-kata lain selain perasaan bangga dengan kejayaan di peringkat kelayakan ini,” kata Maloney.

Skuad muda negara membuka kempen kelayakan dengan langkah kanan melalui kemenangan 1-0 ke atas Laos hasil jaringan tunggal daripada Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar.

Bintang muda Terengganu FC II itu sekali lagi muncul wira apabila meledak gol tunggal menewaskan tuan rumah, Mongolia 1-0 sebelum seri tanpa jaringan dengan Thailand untuk muncul juara Kumpulan J.

Kejayaan itu membolehkan Malaysia kembali mewarnai saingan Piala Asia B23 sejak edisi 2018 di China menyaksikan skuad muda negara ketika itu disingkirkan oleh Korea Selatan dengan kekalahan tipis 1-2 di pering­kat suku akhir.

Bagaimanapun, kecemerla­ngan itu gagal diteruskan apabila Malaysia gagal meraih slot automatik ke Piala Asia B23 2020 di Thailand selepas terkandas sewaktu pusingan kelayakan yang berlangsung di Shah Alam.

Kini, anak-anak buah Maloney berpeluang memperagakan persembahan terbaik mereka untuk mencipta sejarah dengan meraih keputusan lebih membanggakan berbanding suku ak­hir ketika debut pada edisi 2018.

Sebagai rekod, saingan Piala Asia B23 2022 dijadualkan berlangsung di Uzbekistan dari 1 hingga 19 Jun tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI