fbpx

Kami kawan baik, mana ada bercinta – Zara Zya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUDAH berkawan baik lebih lapan tahun, Zara berkata, hubungannya bersama Alha tidak lebih daripada itu.

PETALING JAYA – “Kami berkawan baik sahajalah. Mana ada apa-apa hubungan istimewa. Lagipun saya kenal dia (Alha Alfa) lama dah, bukan baru sehari dua.”

Demikian respons ringkas pelakon Zara Zya meleraikan persoalan mengenai desas-desus hubungan percintaannya bersama jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 36, mengakui selesa berkawan dengan Alha dan banyak menghabiskan masa bersama terutama ketika bekerja.

“Jujur kami tiada apa-apa hubungan melainkan rakan baik dalam industri. Dia pun salah seorang jurusolek yang selalu ada bersama saya. Kami berkawan bukan sehari dua malah sudah lebih lapan tahun.

“Nak kata kami bercinta, mustahillah. Kami berkawan rapat sahaja. Kami selesa sebagai teman dalam satu indusri yang sama. Kami memahami dan menghormati satu sama lain,” katannya kepada Kosmo!.

Terdahulu, pelakon drama Pia itu memuat naik sebuah fotonya bersama Alha dalam Instagram untuk mempromosikan sebuah produk minuman kesihatan.

Perkongsian tersebut sekali gus menjadi perhatian dan membuatkan peminat berteka-teki mengenai status hubungan mereka yang dilihat semakin erat dan rapat antara satu sama lain.

“Ada apa apa ke korang ni? Korang bercinta ke? Sukalah tengok korang berdua.

“Bau-bau nasi minyak dah ni. Insya-Allah ada jodoh pasti tak ke mana,” komen netizen.

Sebelum ini, Zara yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada 22 Oktober lalu turut memuat naik video dalam Instagramnyua yang memaparkan dia bersama Alha berkunjung ke Pusat Jagaan Sri Mesra di Ampang, Selangor yang menempatkan warga tua muslimah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI