fbpx

Biawak 20kg jengah bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN biawak yang tersesat di hadapan sebuah bank di Jeram, Kuala Selangor, petang semalam.

KUALA SELANGOR – Suasana di sebuah bank di Sungai Buloh, Jeram di sini, gempar dengan kehadiran seekor biawak seberat 20 kilogram (kg) tersesat dan mahu memasuki premis itu, petang semalam.

Kejadian pukul 4.50 petang itu disedari beberapa orang awam yang terkejut melihat reptilia sepanjang tiga meter di pintu premis tersebut.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman, sepasukan lima anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Katanya, reptilia berkenaan dilihat mahu memasuki premis tersebut dengan cuba menolak pintu cermin.

“Kemungkinan dipercayai biawak itu tersesat dan mahu memasuki bank berkenaan kerana faktor sejuk atau kelaparan.

“Reptlian itu berjaya ditangkap dalan tempoh lima minit menggunakan alat penjerut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Suzaini, tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan termasuk melibatkan orang awam yang berurusan di bank berkenaan.

“Biawak itu selamat dilepaskan ke sebuah kawasan parit berdekatan,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI