fbpx

Nazim Othman mandi pun ‘handsome’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO mandi Nazim Othman yang mengundang usikan nakal peminatnya.

DIVA rasa seram betul baca komen-komen nakal netizen yang ditinggalkan dalam video parodi yang dimuat naik oleh pelakon tampan, Nazim Othman.

Dalam video tersebut, Nazim berlakon konon-kononnya dia kecewa sebab putus cinta dan mandi di bawah pancuran di dalam bilik air.

Kalau mandi, dah tentu akan basah. Jadi, Nazim yang ketika itu mandi dengan memakai baju kemeja berwarna putih menampakkan dengan jelas bentuk tubuhnya yang kekar.

Apa lagi, berduyun-duyunlah peminat pelakon itu tergoda gara-gara melihat bentuk tubuh aktor kesayangan mereka. Malah ada yang kata Nazim masih kelihatan tampan walaupun ketika mandi.

Memang nakal sungguh netizen mengusik Nazim yang ketika itu dikatakan sedang ‘patah hati’. Namun apa yang bagusnya, Nazim rajin melayan komen-komen yang ditinggalkan peminat untuknya.

Jarang tau seseorang artis itu rajin membalas komen peminatnya dalam media sosial. Patutlah ramai yang sayang Nazim ya. Untung badan.

DIVA: Wah, laris ya tiket konsert Aina Abdul diborong peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI