fbpx

MOF lancar Portal Manfaat Bajet 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar laman web tersebut.

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) melancarkan Portal Manfaat Bajet 2022 khusus bagi memudahkan rakyat Malaysia melihat antara manfaat-manfaat yang bakal dinikmati menerusi Bajet 2022.

Portal berkenaan boleh dilayari menerusi laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/.

Laman berkenaan menyediakan tiga pautan khusus iaitu rakyat, perniagaan dan komuniti yang mana pelayar perlu klik pada setiap pautan bagi mendapatkam gambaran penuh manfaat.

Pautan rakyat menyediakan paparan ringkas mengenai bantuan kewangan; pekerjaan; perlindungan sosial; wanita kanak-kanak dan kumpulan rentan; kesihatan dan pendidikan.

Manakala, pautan bagi perniagaan pula memaparkan manfaat ringkas juga terperinci mengenai bantuan kewangan dan pembiayaan; pengambilan pekerja; akses pasaran; bantuan pelancongan dan bantuan kredit.

Bagi pautan komuniti pula, ia memaparkan manfaat berkaitan melindungi kebajikan mangsa rumah tangga, mentransformasi pendigitalan perniagaan dan inisiatif klinik bergerak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI