fbpx

Kusangka Neelofa, rupa-rupanya Zara Zya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO TikTok Zara ketika mengunjungi sebuah rumah kebajikan baru-baru ini.

CERITA ini pelik tetapi memang benar-benar berlaku. Bukan cerita seram tetapi aneh kerana pelakon si kecil molek Zara Zya disangka Neelofa.

Semuanya tercetus gara-gara video TikTok Zara ketika dia hadir ke sebuah rumah kebajikan baru-baru ini. Barangkali timbul salah faham kerana dalam video tersebut, Zara menggayakan jubah dan pelitup muka.

Mungkin kerana imej sebegitu sudah sebati dengan Neelofa. Sehinggakan artis lain yang menggayakannya pun disangka seperti bekas pengacara MeleTOP itu.

Walaupun video tersebut dimuat naik Zara, namun tetap ramai yang memandang wajahnya persis isteri kepada Haris Ismail itu.

“Aku ingat Neelofa tadi,” tulis seorang netizen.

“Ingatkan Neelofa tadi sebab tidak baca kapsyen terlebih dahulu,” komen seorang netizen lain.

Kesimpulannya, bacalah kapsyen terlebih dahulu, barulah boleh buat andaian. Tapi tidak kiralah Zara mahupun Neelofa, kedua-duanya memiliki wajah jelita dan gaya mereka tersendiri.

Jangan bertukar lagi ya!

DIVA: Jalan cerita drama Melayu sekarang agak membosankan dan kurang impak kepada penonton.Ada yang cakap, sukar nak rasa sedih walaupun menonton babak air mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI