fbpx

Kekal nampak muda, bila Ziana Zain nak tua?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECANTIKAN Ziana Zain menuai pujian dan perhatian peminat kerana wajahnya kelihatan kekal muda.

PERKONGSIAN gambar terbaharu Ziana Zain dalam satu sesi fotografi baru-baru ini menarik perhatian netizen terutama peminat tegar penyanyi tersebut.

Mana tidaknya, Ziana yang terkenal dengan gaya kening terangkat itu kelihatan muda dan masih kekal jelita walaupun usianya kini sudah mencecah 53 tahun. Tercampaklah Diva macam ni!

Beberapa keping foto yang dikongsi dalam Instagramnya turut menerima pujian peminat apabila ramai mengatakan bahawa Ziana tidak ubah seperti bintang bertaraf antarabangsa.

Aksi dan gaya yang ditonjolkan pelantun lagu Madah Berhelah itu juga boleh membuatkan artis baharu yang nak mencipta nama ternganga!

Diva selaku peminat setia Ziana memang tak nafikan bahawa penyanyi kesayangan ramai itu masih kekal cantik, anggun dan relevan. Pandai betul Ziana jaga bentuk badan walaupun sudah memiliki empat orang cahaya mata.

DIVA: Walaupun dipuji, tapi ramai juga mengeji penyanyi Amelina yang berkongsi tentang rawatan tanam benang di rahang wajah baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI