fbpx

‘Karen’ dikompaun RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita warga asing itu bertengkar dengan beberapa petugas selepas dia dilarang memasuki premis di ibu kota.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing yang membuat onar selepas didakwa enggan memakai pelitup muka di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini dikenakan kompaun sebanyak RM3,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan kes pelanggaran SOP berhubung insiden berkenaan telah selesai dijalankan.

“Siasatan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 di butik Dior Suria Kuala Lumpur (KLCC) telah selesai dijalankan dan kertas siasatan juga telah dilengkapkan.

“Pada pagi hari ini, tindakan kompaun di bawa Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit )Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) telah dikeluarkan kepada wanita tersebut.

Mengulas lanjut, kompaun berjumlah RM3,000 itu telah dikeluarkan bagi dua kesalahan dimana setiap satu kesalahan berjumlah RM1,500.

Berita berkaitan: [VIDEO] Meroyan mahu masuk butik tidak pakai ‘mask

“Kesalahan pertama ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian internet yang luas.

“Bagi kesalahan kedua ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan kerana gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis,” ujarnya.

Noor Dellhan turut menasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang sedang berkuat kuasa dan tindakan di bawah peruntukan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan.

Berita berkaitan: [VIDEO] Bila di Malaysia, tolong ‘mask up’-KJ

Kosmo! Online semalam melaporkan, gara-gara gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, seorang wanita warga asing yang diberi gelaran ‘Karen’ kini sedang diburu oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, satu klip video berdurasi 20 saat tular di laman Twitter bertajuk ‘Spotted the karen making another scene at BSC! #KARENDIOR #KARENKLCC’ kira-kira pukul 11.30 malam.

“Klip video tersebut memaparkan seorang wanita dipercayai warganegara asing berusia 51 tahun telah ditahan oleh pengawal keselamatan dan berlakunya pertengkaran di sebuah pusat beli-belah di kawasan Bangsar kerana tidak memakai pelitup muka ketika cuba memasuki pusat membeli-belah berkenaan.

“Hasil penelitian mendapati berlaku pelanggaran SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI