fbpx

Kakitangan Jabatan Penjara maut, pacuan empat roda bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan pacuan empat roda yang merempuh sebuah lori selepas dipercayai hilang kawalan tengah hari tadi.

TUARAN – Seorang kakitangan Jabatan Penjara Sandakan maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di kilometer 29, Jalan Tamparuli-Ranau hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 33 tahun tahun berkenaan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuaran.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd. Hamizi Halim berkata, seorang lagi rakan sekerja mangsa berumur 43 tahun turut cedera dibahagian kepala dan masih mendapatkan rawatan di hospital sama.

“Manakala seorang tahanan lelaki yang duduk dibahagian penumpang belakang juga mengalami kecederaan.

“Kemalangan berlaku apabila pacuan empat roda Toyota Hilux Jabatan Penjara dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Ekoran kejadian itu, kenderaan mangsa merempuh bahagian depan lori dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun yang datang dari arah bertentangan ,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Hamizi menyatakan siasatan lanjut masih dijalankan dan polis memohon saksi bebas yang melihat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI