fbpx
KAMARUDIN gagal mengawal bot selepas terkejut melihat lembaga hitam dan besar melintas di hadapannya. – ILUSTRASI SHAH HASAN

Terkejut lintasan lembaga hitam di jeram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAWASAN hutan dan jeram merupakan lokasi terpencil yang sering terdapat cerita-cerita menyeramkan dan banyak dikongsi oleh mereka yang pernah berdepan dengan situasi cemas dan menakutkan.

Mitos minggu ini membawakan pengalaman seoranmg bekas home guard yang pernah berdepan dengan peristiwa menakutkan terserempak dengan lebaga hitam dan besar di Jeram Seto, Sungai Jelai, Pahang pada tahun 1954.

Peristiwa itu benar-benar meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya hingga ke hari ini kerana dia dan rakannya hampir lemas ekoran kejadian tersebut.
——————————————————————————————————————————
“NYARIS saya dan rakan home guard lemas di Jeram Seto, Sungai Jelai akibat diganggu lembaga hitam. Allah masih memanjangkan hayat kami,” cerita bekas home guard (pengawal kawasan), Kamarudin Li, 84.

Kamarudin berkata, kejadian itu berlaku pada 1954 ketika dia bertugas sebagai pemandu bot membawa rakan home guard membuat rondaan di sepanjang Sungai Jelai bermula dari bandar
Kuala Lipis hingga ke Kampung Kuala Medang yang memakan masa enam jam perjalanan.

Kamarudin yang mempunyai lima orang anak berkata, setap kali memandu bot ke Kuala Medang, ingatannya kerap kali di kawasan laluan Jeram Seto berdekatan Kampung Tanjong Gahai antara kawasan yang cukup berbahaya.

Ia mempunyai air dalam, sempit, curam dan berbatu. Sekiranya berlaku kesilapan sudah tentu mengundang nahas seperti bot akan karam dan membahayakan penumpang.

Katanya, oleh kerana laluan jeram amat sempit dan berbahaya, setiap rakit dan bot bergilir-gilir melalui alur (laluan) di situ yang berbatu dan sempit.

“Ketika saya mula melalui alur Jeram Seto, tiba-tiba ternampak satu lembaga besar dan hitam melintasi di hadapan kawasan itu.

ENJIN bot yang digunakan pada tahun 1954 masih disimpan Kamarudin.

“Ia membuat pandangan menjadi gelap.

“Kejadian yang berlaku pantas itu menyebabkan saya gagal mengemudi dan bot yang dinaiki bertukar haluan dan beberapa minit kemudia ia karam di tengah Jeram Seto,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ujarnya, mujur mereka dapat mengawal keadaan dan berenang ke tebing dengan selamat.

Berdepan kejadian diganggu lembaga hitam di Jeran Seto yang hampir meragut nyawanya itu masih segar dalam ingatan Kamarudin sehingga kini.

Malah katanya, kewujudan lembaga hitam di Jeram yang mempunyai arus deras dan dalam itu sememangnya menjadi bualan penduduk di sehingga ke hari ini selepas ramai yang mendakwa melihat dengan jelas makhluk itu.

Katanya, keadaan itu membuatkan sesiapa sahaja yang melalui kawasan itu khususnya nelayan sungai akan sentiasa berhati-hati dan berwaspada bagi mengelakkan tragedi.

Berdasarkan cerita, jelas Kamarudin, lembaga hitam besar seperti gergasi itu menjadikan jeram itun sebagai laluannya, tetapi tidak mengganggu orang ramai.

“Walaupun tidak mengganggu, tetapi perasaan takut sememangnya ada ketika melalui kawasan itu.

“Bagi saya yang masih terus menggunakan laluan itu untuk menangkap ikan sering berhati-hati dan berpesan kepada rakan-rakan kerana kita tidak tahu bila ia akan lalu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN