fbpx

Nilai eksport coklat meningkat RM650 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida melihat produk hiliran daripada koko.

SEREMBAN – Produk coklat buatan Malaysia diterima baik di luar negara dan menyumbang kepada sektor hiliran industri koko apabila nilai eksport produk itu menunjukkan peningkatan kepada RM650 juta sehingga bulan Ogos tahun ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, perolehan nilai eksport coklat itu telah meningkat sebanyak 11 peratus berbanding RM585.6 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

“Ketika ini, pasaran global coklat bernilai RM120 bilion dan Malaysia hanya mengeluarkan RM 7 bilion produk semi koko manakala bagi produk coklat siap diproses adalah RM650 juta.

“Maknanya potensi pasaran koko ada banyak lagi yang boleh dimanfaatkan dan saya menyeru Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk memfokuskan kepada produk yang boleh dikomersialkan dan dijual di luar negara sekali gus memberikan hasil,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perkembangan kemasukan pekerja asing dalam sektor perladangan kelapa sawit, Zuraida memberitahu, sebanyak 5,000 pekerja asing akan masuk secara berfasa bermula 15 November depan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI