fbpx
Ebit kini di Kota London bercuti bersama keluarganya.

Ebit dan keluarga kini di London, sempat titip nasihat buat pengikut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Selepas melawat Switzerland dan Perancis sejak minggu lalu, kini rombongan pendakwah terkenal, Ebit Lew bersama ahli keluarganya menyambung percutian mereka ke London, United Kingdom.

Menerusi perkongsian terbaharu di laman Facebooknya, Ebit melahirkan rasa syukur kerana rombongan kini berada di London.

“Alhamdulillah sampai London, semoga setiap langkah perjalanan jadi asbab kebaikan seluruh alam,” katanya pada hantaran di laman Facebook hari ini.

Pada hantaran itu juga, Ebit turut menitipkan beberapa nasihat kepada semua pengguna laman sosial dan juga pengikutnya.

“Seseorang itu dikatakan berakhlak saat boleh mencari kebaikan pada keburukan orang lain.

“Ikhlas mencari kekurangan dan kelemahan pada kebaikan diri sendiri, semua orang kata dia tak baik. Tapi kita nampak kebaikannya itulah akhlak dan sentiasa niat perbaiki diri sendiri dan rasa kekurangan diri sendiri itulah mencari keikhlasan,” tulisnya.

Nasihat Ebit lagi, sebaik dirinya, lebih baik orang lain dan seburuk orang lain lebih buruk dirinya.

“Sebaik-baik orang pasti ada kekurangannya, belajar kebaikannya, cari kebaikannya.

“Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Belajar kebaikannya dan doakan hidayah buatnya, Ya Allah dia baik tapi dia lupa beri hidayah padanya.

“Tukar keburukannya kepada kebaikan dan beri juga kebaikan itu untuk saya,” kata Ebit. -K! ONLINE

POPULAR