fbpx

Touch ‘n Go, Visa meterai kerjasama strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Effendy SHAHUL (kanan) bersama Kong Boon pada majlis kerjasama strategik antara Touch ‘n Go dan Visa semalam.

PETALING JAYA – Kumpulan Touch ‘n Go menerusi Touch ‘n Go eWallet telah memeterai kerjasama strategik dengan Visa untuk menyertai Program Laluan Pantas Teknologi Kewangan Visa, yang memberi akses bagi Touch ‘n Go kepada rangkaian rakan niaga dan sekutu global Visa

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch ‘n Go, Effendy Shahul Hamid berkata, program ini merupakan sebaha­gian daripada strategi Visa untuk membuka rangkaiannya dan memberikan sokongan kepada pelbagai peserta yang sedang merangka pengalaman perdagangan baharu secara online yang kini semakin arif.

Menurutnya, kerjasama ini juga termasuk pembangunan penyelesaian kad prabayar yang terikat dengan kemudahan Touch ‘n Go eWallet.

“Penyelesaian ini dijangka disediakan kepada pengguna Touch ‘n Go eWallet pada 2022,” katanya dalam satu kenya­taan.

Selain itu, Pengurus Negara Visa, Ng Kong Boon menjelaskan, pihaknya berharap untuk melancarkan tawaran perkhidmatan kewangan dengan Touch ‘n Go bagi segmen yang masih kurang diberi perhatian.

“Penyelesaian prabayar Touch ‘n Go Visa bertujuan menambah baik pengalaman pembayaran bagi pelanggan Touch ‘n Go eWallet yang sedia ada.

“Kad Prabayar Touch ‘n Go-Visa akan menawarkan pilihan pengeluaran tunai kepada pengguna Touch ‘n Go eWallet menerusi kemudahan pengeluaran wang di mesin teler automatik dalam negara dan di peringkat global,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI