fbpx

Peruntukan RM17 bilion bantu PDRM perkasakan perkhidmatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan peruntukan sebanyak RM17 bilion yang diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkasakan perkhidmatan pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman bantuan khas kewangan sebanyak RM700 untuk kakitangan awam gred 56 ke bawah dan RM350 bagi pesara kerajaan, gantian cuti rehat (GCR) yang dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari serta segala bantuan yang diumumkan untuk penjawat awam.

“Di bawah strategi kedua iaitu membangun sebuah Keluarga Malaysia yang mana Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan mendapat peruntukan sebanyak RM13 juta.

“Peruntukan ini secara tidak langsung akan memperkasakan bahagian tersebut termasuk mewujudkan 100 perjawatan baharu.

“Ia dilihat berupaya meningkatkan keberkesanan siasatan oleh Bahagian D11 JSJ Bukit Aman yang akan diperkasakan di setiap kontinjen dan meninggikan mutu perkhidmatan kepada masyarakat,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelasnya, penambahan lapan Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) antaranya di Pagalungan, Sabah dan Temong Mura, Sarawak akan dapat meningkatkan lagi tahap kawalan keselamatan sempadan yang berterusan anggota penguatkuasaan.

Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik pengumuman peningkatan elaun penugasan Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam untuk pegawai dan daripada RM6 kepada RM8 sejam untuk anggota, yang bakal memanfaatkan hampir 10,000 pegawai dan anggota PVR.

“Peruntukan terbabit merupakan komitmen kerajaan yang akan memberi motivasi dan semangat bagi lebih ramai ahli masyarakat untuk menyertai pasukan sukarelawan tersebut dan bersama-sama dalam memerangi jenayah,” ujarnya.

Katanya, PDRM turut berterima kasih atas pengumuman peruntukan yang melibatkan kerja-kerja penggantian dan pembaikan lif serta kuarters PDRM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI