fbpx

Mohamad Azhan dilantik Datuk Bandar Petaling Jaya ke-6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Azhan ketika mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya yang ke-6.

PETALING JAYA – Mohamad Azhan Md. Azmir telah dilantik sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya yang ke-6 berkuat kuasa pada 21 Oktober lalu.

Pelantikan beliau sebagai Datuk Bandar menggantikan Datuk Mohd. Sayuthi Bakar yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) pada Mei lalu.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam satu kenyataan berkata, kehadiran Mohamad Azhan amat diperlukan bagi membolehkan majlis terus memantapkan tahap dan mutu perkhidmatan perbandaran kepada masyarakat khususnya penduduk di Petaling Jaya.

“Mohamad Azhan, 52, yang berasal dari negeri Johor merupakan lulusan Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) (2007) BA (Hons), Universiti Malaya (UM) (1994).

“Beliau juga mempunyai pengalaman berkhidmat selama 24 tahun dalam pelbagai peringkat pentadbiran negeri dan kementerian selain ​turut mempunyai Diploma dalam Pentadbiran dan Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam (INTAN)(1997),” ujarnya.

Menurut MBPJ lagi, sebelum menyandang jawatan sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya, beliau bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Bencana), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Perdana Menteri bermula pada 8 April 2020.

“Selain itu, beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2018); Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPM (2018-2020); Timbalan Pengarah Kanan, Cawangan Gunasama, Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (2016-2017) dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (2015-2016),” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI