fbpx

Bajet 2022 : Ramai mahu pengeluaran RM10,000 KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara harapan disuarakan rakyat terhadap pengeluaran RM10,000 daripada KWSP menerusi Bajet 2022

PETALING JAYA- Rata-rata rakyat berharap agar Bajet 2022 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada pukul 4 petang nanti memberikan pelbagai khabar gembira kepada setiap lapisan masyarakat.

Antara harapan disuarakan mereka ialah berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan memberikan bantuan secara ‘one-off’ berjumlah RM10,000 yang akan dikeluarkan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Harapan itu dinyatakan rakyat menerusi ruangan komen di hantaran terbaru Facebook rasmi Tengku Zafrul apabila beliau memuat naik satu poster berkenaan Bajet 2022 tadi.

“RM10,000 one-off, harap ada dalam bajet, amin,” doa Juan Shahpuddin.

“Tidak dapat RM10,000 one-off, dapat RM5,000 pun sudah baik, kita tahu kerajaan mesti berat untuk lepaskan RM10,000 sekali gus, semoga doa kalian termakbul, semoga ada rezeki, amin,” kata Hilmi Rahman.

“KWSP one-off RM10,000 tanpa syarat harus dilaksanakan,” pinta Rockybalboa Man.

“Semoga KWSP RM10,000 one-off berjalan lancar dan dipermudahkan urusan rakyat tanpa syarat,” kata Mohdyusrir Yusrie.

Sementara itu, Tengku Zafrul menerusi hantaran Facebooknya turut meminta agar rakyat mendoakan pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar nanti berjalan lancar.

Katanya, bajet tersebut begitu penting bagi Keluarga Malaysia untuk mencapai agenda pemulihan yang akan membawa negara keluar daripada pandemik.

“Insya-Allah, bajet yang dirangka secara inklusif ini akan memastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan dan juga pemulihan ekonomi kita semua,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI