fbpx

Bajet 2022: Penjawat awam dapat RM700, pesara RM350

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam sebagai menghargai jasa dan pengorbanan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan kewangan itu melibatkan seramai 1.3 juta penjawat awam di dalam kumpulan Gred 56 dan ke bawah.

“Selain itu, sebanyak sejuta pesara kerajaan bakal menikmati bantuan sebanyak RM350 dengan
implikasi Kewangan sebanyak RM1.3 bilion.

“Diharapkan semoga bantuan itu dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” katanya di Dewan Rakyat tadi.

Dalam pada itu, kerajaan akan memberikan bayaran insentif sebanyak RM200 kepada
Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan.

“Inisiatif itu bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan menjaga dan merawat penghuni warga emas, orang kelainan upaya dan pesakit mental,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI