fbpx

‘Awan karpet’ beri rezeki buat pekebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE WAN YUSOF (kiri) berbual bersama seorang pendaki di puncak Bukit Jelutong, Hulu Terengganu yang berlatar belakang pemandangan ‘awan karpet’ semalam.

HULU TERENGGANU – Seorang lelaki tidak menyangka perkongsian gambar kebun getah dengan berlatar belakang gumpalan awan dikenali ‘awan karpet’ di media sosial mendapat perhatian dalam kalangan peminat aktiviti pendakian.

Che Wan Yusof Che Wan Non, 57, berkata, kehadiran orang ramai ke lokasi tersebut memberi ilham kepadanya untuk memajukan kebun getahnya yang terletak di puncak Bukit Jelutong berdekatan Kampung Kepah.

Menurut Che Wan Yusof, kebun getahnya merupakan sebahagian projek penanaman semula berkelompok melibatkan 35 penduduk kampung dan mendapat sokongan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah.

“Secara kebetulan, lokasi kebun getah saya terletak di puncak Bukit Jelutong setinggi 200 meter dari paras laut yang mempunyai pemandangan ‘awan karpet’.

“Sejak gambar ‘awan karpet’ dimuat naik di laman Facebook dua bulan lalu, ramai yang datang ke sini bukan sahaja mereka yang tinggal di daerah ini, malah dari seluruh Terengganu,” kata­nya kepada Kosmo! di Kampung Kepah semalam.

AISKRIM di dalam tempurung kelapa yang diusahakan Che Wan Yusof di puncak Bukit Jelutong, Kampung Kepah di Hulu Terengganu.

Che Wan Yusof memberitahu, berikutan sambutan memberangsangkan itu, dia sanggup mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM1,000 bagi menyediakan kemudahan asas seperti wakaf rehat dan gerai makanan serta minuman untuk kemudahan pendaki.

Tambah datuk kepada dua cucu itu, dia turut merancang untuk menyediakan kemudahan tandas sekiranya mempunyai bajet yang mencukupi.

“Bukit Jelutong yang sebelum ini nampak biasa sahaja kini berpotensi menjadi lokasi pelanco­ngan baharu di Hulu Terengganu.

“Begitupun, kebun getah saya dan penduduk kampung lain tidak akan dikorbankan. Biarlah hanya sedikit kawasan lapang di puncak bukit yang dimajukan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI