fbpx

Tarikan tersendiri Taman Burung Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LABUAN satu-satunya tempat di Borneo yang menawarkan taman burung bersaiz besar kepada pengujung.

RAMAI beranggapan Labuan hanya menawarkan tempat pelancongan yang tertumpu di sekitar pantai dengan kombinasi air lautnya yang bersih dengan pasir memutih.

Pulau berkeluasan 95 kilometer persegi itu juga syurga kepada penyelam skuba kerana memiliki terumbu karang yang masih terpelihara terutamanya di sekitar Pulau Rusukan Besar.

Hakikatnya, ramai tidak menyedari bahawa pulau tersebut mempunyai tarikan lain yang tidak kurang menariknya dan salah satunya adalah Taman Burung Labuan.

Menariknya, Labuan merupakan satu-satunya lokasi di pulau Borneo yang menawarkan sebuah taman
burung bersaiz besar kepada pelawat.

Pengurus Taman Burung Labuan, Fatmawati Muhamad Puzi memaklumkan, lokasi berkenaan sering
menjadi tumpuan penduduk tempatan menghabiskan cuti hujung minggu.

Katanya, rata-rata pengunjung membawa ahli keluarga termasuk anakanak kecil bagi melihat dengan lebih dekat pelbagai spesies burung di situ.

“Tempat ini mula dibuka secara rasmi pada tahun 1999 hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ingin melihat kewujudan sebuah taman burung di Labuan.

“Selepas dibuka, ia bukan sahaja menjadi tumpuan pelawat tempatan, malah dari Sabah, Sarawak dan negara jiran, Brunei,” katanya ketika ditemu bual Horizon baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Fatmawati memaklumkan, Taman Burung Labuan  menempatkan 628 ekor burung yang
terdiri daripada 74 spesies tempatan serta import.

Beliau yang juga seorang pegawai veterinar berkata, daripada jumlah tersebut, 29 daripadanya adalah spesies Borneo, manakala selebihnya spesies eksotik terancam.

“Antara spesies burung yang terdapat di sini termasuk tiong mas, love bird, helang, burung hantu, enggang, burung unta, merpati, merak dan kakak tua.

“Di sini pengunjung boleh lihat dengan dekat kehidupan burung.
“Malah, ada beberapa jenis burung yang jinak dengan manusia dibiarkan hidup bebas,” tegasnya.

SEORANG staf Taman Burung Labuan memberi makan burung-burung
yang menjadi antara tarikan pelawat di situ.

Fatmawati menambah, terdapat beberapa spesies burung yang sering menjadi tumpuan pelawat iaitu marabou stork, enggang dan gunung serta grey crown.

Menariknya, burung-burung yang terdapat di taman berkenaan dibiarkan hidup bebas dalam tiga
buah sangkar khusus.

Salah satunya bersaiz 110 meter lebar x 55 meter tinggi, manakala dua lagi sangkar sebesar 55 meter
lebar x 27 meter tinggi.

Ketiga-tiga sangkar berkenaan dihubungkan dengan empat terowong sepanjang lima meter.

“Di sini, pengunjung boleh lihat burung-burung ini hidup seperti di habitat asal.

“Lagi pula, kawasan seluas 6.9 hektar ini terletak dalam Hutan Simpan Tropika. Pengunjung perlu
berjalan sejauh 1 kilometer untuk menjelajah taman burung ini.

“Jika bernasib baik, pelawat berpeluang melihat staf kami memberi makanan kepada burungburung ini,” katanya.

Taman Burung Labuan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti parkir, tandas, surau, gerai makanan serta sebuah kedai cenderamata.

Salah seorang pelawat, Shamsul Anuar Samsuddin, 42, berkata, Taman Burung Labuan sering menjadi
pilihannya beriadah bersama anakanak pada hujung minggu.

Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia itu menjelaskan, mereka sekeluarga sangat meminati burung,
terutamanya melihat keletah haiwan tersebut makan dan tinggal bersama di dalam sangkar.

“Saya memang seorang yang suka tengok burung.

“Ia dapat menghilangkan seketika tekanan di tempat kerja. Jadi, apabila berkelapangan, saya akan
menghabiskan masa di sini bersama anak-anak dan isteri.

“Lagipun tempat ini tidak besar dan harga tiket masuknya juga agak berpatutan,” ujarnya yang berasal dari Kedah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI